Ada beberapa tempat bersejarah di Makkah Al Mukaramah yang tercatat di sini. Ini masih jauh dari lengkap.
Semoga manfaat.
Rumah Nabi Muhammad saw ketika membina rumah tangga bersama Khadijah.
Saat ini (konon) berada di bawah tiang lampu. Banyak orang membaca Al
Qur’an di sini untuk menghormat dan tabaruk kepada baginda Nabi saw.
Rumah Kelahiran Nabi Muhammad saw (Maulid Nabi) yang terletak
berdekatan dgn tempat mengerjakan Sa’ie, arah timur Masjidil Haram.
Kawasan ini dikenali sebagai Suq al-Layl atau Shib Ali. Kini, dibangun
sebuah perpustakaan dengan nama “Maktabah Makkah Al-Mukarramah”.
.
Masjid Abu Hurairah … belum kutemukan keterangannya.
.
Pemakaman Ma’la yang terletak dalam lingkungan satu kilometer dari
arah utara Masjidil Haram yang keseluruhannya menghadap ke arah Kaabah.
Di sini bersemadinya jasad Sayidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah
saw, para sahabat dan ulama besar.
Mereka yang dimakamkan disini antara lain : Abdul Muthalib (kakek
Nabi Muhammad saw), Abu Thalib (Pamann Nabi), Siti Khadijah (isteri
pertama Nabi), Qasim (putera pertama Nabi saw yang meninggal saat masih
bayi). Di pemakaman ini juga digunakan untuk jamaah haji yang wafat di
tanah suci ini.
Masjid Jin, saat Nabi Muhammad membaca Al Quran disini,sekelompok Jin
yang lewat mendengarnya. Mereka kemudian berbaiat dan masuk Islam.
Cerita ini diabadikan juga didalam Al Quran
.
Mina pula adalah tanah haram yang menjadi tempat mabit bagi jemaah
haji pada malam 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Ia dinamakan Mina kerana
banyaknya darah mengalir daripada binatang ternakan (unta, lembu dan
kambing) yang disembelih sebagai dam, korban dan sedekah.
Di Mina terdapat tiga jamrah yang menjadi tempat bagi jemaah haji
melontar anak-anak batu sebagai sebahagian daripada amalan haji mereka.
Ia dipanggil Jamrah kerana anak batu dilontar di tempat tersebut atau
kerana batu lontaran yang terkumpul di situ.
Jamrah tersebut ialah Jamrah Sughra (Ula) iaitu yang berada
berhampiran Masjid Khaif dan menghadap ke arah Mina, diikuti dengan
Jamrah Wusta yang jarak antara kedua-duanya kira-kira 200 meter. Jamrah
terakhir pula ialah Jamrah Kubra (Aqobah) yang terletak kira-kira 247
meter dari Jamrah Wusta dan menghadap ke arah Mekah.
Masjid Khaif, masjid besar dan terkenal di Mina dengan kubah bersisi
delapan. Khaif berarti lembah dari mulut kemulut diceritakan bahwa tujuh
puluh nabi dimakamkan disini, diceritakan juga banyak nabi berdoa
disini
.
Muzdalifah pula ialah tempat bagi jemaah haji bermalam (mabit) pada
malam 10 Zulhijjah. Ia dinamakan Muzdalifah kerana ramai orang singgah
di tempat itu pada tengah malam atau kerana semua orang bergerak secara
serentak dari tempat tersebut.
Terdapat sebuah masjid di Muzdalifah yang dikenali sebagai Masjid
al-Masy’ar al-Haram ialah tempat Baginda Rasulullah mengerjakan solat
Maghrib dan Isyak, seterusnya mabit keesokan harinya.
Arafah, yang merupakan tempat untuk mengerjakan wukuf pada 9
Zulhijjah, dinamakan Arafah sempena tempat pertemuan pertama antara Nabi
Adam dan Hawa selepas mereka diturunkan ke bumi. Ia juga dinamakan
Arafah kerana di tempat itulah Malaikat Jibrail mengajar Ibrahim
mengenai amalan haji.
Arafah merupakan sebuah hamparan padang pasir yang luasnya kira-kira
10.4 kilometer persegi. Jarak Arafah dari kota suci Mekah ialah 21.9
kilometer dari arah tenggara Masjidil Haram. Arafah adalah tanah halal
dan pemisah antaranya dengan tanah haram adalah Wadi ‘Uranah iaitu
tempat di mana Nabi Muhammad menyampaikan Khutbah Arafah ketika baginda
mengerjakan Haji terakhir sebelum baginda wafat pada tahun 10 Hijrah.
Masjid Namirah. Pada tanggal 8 Dzulhijah, Nabi MUhammad SAW menuju
Afarah lewat Mina, bermalam di Mina hingga matahari terbit, beliau naik
onta menuju Arafah dan singgah ditempat yang bernama Namirah.
Jabal Rahmah, disini terdapat pilar yang menandai titik dimana Nabi
Adam AS dan Siti Hawa dipertemukan setelah terpisah di dunia.
Di kaki bukit ini terdapat al-Sakhrah iaitu batu tempat Baginda Rasulullah berwukuf.
.
Jabal Nur : Bukit tempat gua Hira, dimana Rasulullah mendapatkan wahyu pertama kali melalui malaikat Jibril
.
12 Sept. 622, dalam perjalanan hijrah ke Madinah, baginda Nabi saw
bersembunyi di Gua Tsur bersama sahabat Abu Bakr as Shidiq selama 3
(tiga) hari.
.
Semoga manfaat.
Wallahu a’lam.
Dari berbagai sumber.
Sumber : orgawam.wordpress.com